Perutusan Ketua Pengarah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dapat diperkenalkan kepada semua warga perkhidmatan awam negeri dan rakyat Negeri Sabah amnya.

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS). Portal ini merupakan pintu masuk utama kepada maklumat jabatan bagi perkhidmatan dan sumber penjawat awam Negeri Sabah.

Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurusan kanan jabatan dan seluruh warga Jawatankuasa Portal JPANS yang telah menjayakan pembangunan portal ini.

Semoga portal ini menjadi saluran penyampaian maklumat jabatan yang berkesan merangkumi dasar, perkhidmatan, pekeliling, program dan hebahan semasa kepada semua pihak.

Dalam era digital yang pantas berkembang, JPANS komited untuk memacu transformasi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan mudah diakses.

Kepada seluruh warga JPANS, marilah kita terus meningkatkan profesionalisme dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan perkhidmatan awam negeri.

Akhir kata, appreciasi dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan portal ini.